Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Friday, August 5, 2016

Masihkah Ada harapan? (part 9)


Malam tu aku hamburkan segala rasa yang terbuku di hati. Semuanya aku luahkan. Segala rasa rindu, sayang dan cinta. Semua persoalan yang bermain dibenak. Semua kekesalan kerana dia bertemu pengganti. Semuanya! 

Ya! Aku bodoh kerana masih menanti si dia yang sudah melangkah pergi. Aku tahu semua ni sia-sia. Aku tahu semua ni buang masa. Biarlah... Biarlah untuk seketika aku mengharap secebis harapan. Untuk seketika...

Ya Allah, andai Kau ciptakan dia yang tebaik untuk aku, maka Engkau permudahkanlah segalanya. Tapi jika dia bukan untuk aku, Engkau tariklah segala perasaan yang membelenggu. Engkau keluarkanlah rasa cinta. rindu dan sayang ini terhadapnya. Aku mohon bantuan dariMu ya Allah.

Sekali lagi aku tidur dengan air mata...


"Mira, kenapa sembab je mata tu? Dah macam panda dah," soal Ustaz Taufik hairan. 

"Tak ada apalah, ustaz. Biasalah kalau dah hari raya. Mana boleh tidur awal. Banyak open house nak kena attend. Maklumlah, Yang Amat Berhormat la katakan," jawabku sambil berlawak jenaka menyembunyikan hakikat sebenar.

Banyak sangat aku menipu hari ni. Macam-macam skema jawapan aku bagi setiap kali diajukan soalan tersebut. Masing-masing berdekah ketawa dengan jawapan aku. Tak apalah, kalau diri sendiri tak happy, apa salahnya kita buat orang lain happy. Sekurang-kurangnya kita masih mampu ketawa dan membahagiakan orang sekeliling.

Hari aku berlalu seperti biasa. Tiada sebarang sapaan dari dia selepas malam tu. Aku pun mengambil peluang untuk menyepikan diri seketika.

Sesekali aku teringin nak bersendirian. Pernah terfikir, balik dari kerja terus ke satu destinasi. Tekan saja pedal minyak. Ikut saja mana tayar kereta nak tuju. Sehari pun jadilah. Aku nak buang semua perasaan ni dan balik dengan perasaan yang baru, harapan yang baru... Semuanya baru! Tapi belum terlunas lagi. Nanti kalau ada rezeki aku nak buat sekali. Sekali... Lepas tu dua kali... Tiga kali... Dan berkali-kali!

Apa yang aku sempat saat ini ialah tekan pedal minyak dan menuju ke satu destinasi... Hanya ini yang termampu...

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...